Tuesday 22 December 2015

Contest Review Lynk.my 2015 Sengit

Nampaknya saingan contest review lynk.my 2015 semakin sengit. Ini berikutan ianya semakin menuju ke penamatnya. Akan tetapi saya tidaklah terasa dengan kehangatan contest ini disebabkan saya tidak menyertainya. Blog saya ini hanyalah blog biasa-biasa sahaja, jadi memang akan kalah dahulu jikalau masuk bertanding. Apalagi contest sebegini disertai oleh ramai ahli-ahli SEO di Malaysia.

Tiada apa yang boleh saya lakukan melainkan melihat sahaja kemampuan-kemampuan peserta contest review bertanding. Memang hobi saya suka melihat artikel yang dihasilkan oleh setiap peserta. Setiap orang kan berbeza teknik penulisannya. Jadi boleh melihat bagaimana mereka ini mengoptimasikan SEO on page. Tetapi contest lynk.my 2015 ini agak berbeza daripada contest sebelum ini. Ianya bukan sahaja dipertandingkan dalam kategori SEO tetapi lebih kepada kategori review.

Memang syarat pertandingan peserta dikehendaki membuat review tentang lynk.my. Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin ada yang belum tahu apakah yang dimaksudkan dengan lynk.my. Secara asasnya lynk.my merupakan tools pemendek url seperti goo.gl, bit.ly dan lain-lain. Apa yang berbeza ialah tool ini dibangunkan oleh anak bumiputera untuk kegunaan orang Malaysia.

Saya tidak pasti apakah shortener url dari lynk ini boleh digunakan oleh negara-negara lain. Kemungkinan boleh digunapakai cuma kelebihannya agak terbatas jika anda tinggal diluar Malaysia. Jadi dengan membaca artikel contest review lynk.my 2015, kita mungkin lebih faham apakah yang boleh, siapakah yang mendapat keuntungan, bagaimana untuk menghasilkan pendapatan jika menggunakan tools lynk.my.

Akhir kata selamat bersaing kepada peserta pertandingan review lynk.my 2015 dan tahniah juga diucapkan kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini dengan hadiah yang lumayan sekali.

Maklumat lanjut di : https://www.blogginspired.com/contest-review-lynk-my-2015.html

Friday 29 May 2015

Apa punca lutut saya semakin sakit?

Saya pun pelik kenapa sejak akhir-akhir ini saya mengalami rasa sakit pada lutut. kalau nak kata kerja yang dilakukan seharian tu membebankan, rasanya tidak. Sebabnya banyak kerja yang dilakukan dihadapan komputer sahaja. Sepatutnya yang sakit ialah mata tetapi ini tidak dari sehari ke sehari rasa sakit lutut ini kian mencengkam jiwa.

Minggu lepas saya telah pergi membuat rawatan secara urutan tradisional. kata tukang urut biasalah bila umur dah semakin meningkat nulalah rasa sakit dibahagian urat. Katanya lagi punca sakit lutut yang timbul sejak kebelakngan ini mungkin kerana kesan kerja berat yang dilakukan beberapa tahun lalu ataupun semasa usia muda.

Ada logiknya juga kata-kata tukang urut itu kerana saya bekerja di sebuah kilang pengeluaran sejak 15 tahun yang lalu sebagai seorang juruteknik pengeluaran. Bekerja sebagai seorang juruteknik pengeluaran adalah satu tugas yang mencabar, boleh dikatakan setiap hari baju saya akan berlumur dengan minyak dan tugas-tugas rutin yang selalu saya lakukan ialah menolak mold seberat 500kg hingga 1 tan setiap hari. Tolaknya bukannya pakai forklift tetapi pakai jeck yang menggunakan tenaga manusia sepenuh masa. tambahan pula semasa bekerja di kilang, saya mata aktif dalam bidang sukan terutamanya bolasepak dan juga badminton.

Tapi kata tukang urut bahawa sakit lutut saya tidak memudaratkan cuma kena selalu bersenam dan membuat urutan ringan sebulan ataupun dua bulan sekali. Lega jugak bila mendengar kata-kata tukang urut tersebut. Jadi lepas urut lutut nie saya bolehlah bermain badminton macam biasa. kata orang alah bisa tegal biasa.

jadi sampai sekarang saya masih tak tahu apakah punca sebenar yang menyebabkan lutut saya sakit.

Tuesday 30 December 2014

Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan Hampir Tamat

Pejam celik pejam celik akhirnya contest SEO menggunakan kata kunci vitamin shaklee bagus untuk kesihatan sudah hampir melabuhkan tirainya.

Contest yang berlangsung selama dua bulan setengah ini dianjurkan oleh akmaomar dot com akan berakhir pada 31 Disember 2014.

Boleh dikatakan contest mengenai vitamin shaklee ini merupakan yang terbesar pada tahun ini. Ramai blogger dan pengamal SEO menyertai contest yang menceritakan tentang produk shaklee ini dan kesannya terhadap kesihatan pengguna.

Di bawah ini dipaparkan kedudukan artikel yang menggunakan keyword vitamin shaklee bagus untuk kesihatan yang diambil dari screen shot google.com.my pada masa artikel ini ditulis. Keadaan ini akan berubah pada bila-bila masa.
vitamin shaklee bagus untuk kesihatan
Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci dan bagaimana artikel tersebut diolah sesuai dengan kehendak penganjur, anda boleh baca review percuma di artikel - Vitamin Shaklee Bagus untuk Kesihatan.