Friday 29 May 2015

Apa punca lutut saya semakin sakit?

Saya pun pelik kenapa sejak akhir-akhir ini saya mengalami rasa sakit pada lutut. kalau nak kata kerja yang dilakukan seharian tu membebankan, rasanya tidak. Sebabnya banyak kerja yang dilakukan dihadapan komputer sahaja. Sepatutnya yang sakit ialah mata tetapi ini tidak dari sehari ke sehari rasa sakit lutut ini kian mencengkam jiwa.

Minggu lepas saya telah pergi membuat rawatan secara urutan tradisional. kata tukang urut biasalah bila umur dah semakin meningkat nulalah rasa sakit dibahagian urat. Katanya lagi punca sakit lutut yang timbul sejak kebelakngan ini mungkin kerana kesan kerja berat yang dilakukan beberapa tahun lalu ataupun semasa usia muda.

Ada logiknya juga kata-kata tukang urut itu kerana saya bekerja di sebuah kilang pengeluaran sejak 15 tahun yang lalu sebagai seorang juruteknik pengeluaran. Bekerja sebagai seorang juruteknik pengeluaran adalah satu tugas yang mencabar, boleh dikatakan setiap hari baju saya akan berlumur dengan minyak dan tugas-tugas rutin yang selalu saya lakukan ialah menolak mold seberat 500kg hingga 1 tan setiap hari. Tolaknya bukannya pakai forklift tetapi pakai jeck yang menggunakan tenaga manusia sepenuh masa. tambahan pula semasa bekerja di kilang, saya mata aktif dalam bidang sukan terutamanya bolasepak dan juga badminton.

Tapi kata tukang urut bahawa sakit lutut saya tidak memudaratkan cuma kena selalu bersenam dan membuat urutan ringan sebulan ataupun dua bulan sekali. Lega jugak bila mendengar kata-kata tukang urut tersebut. Jadi lepas urut lutut nie saya bolehlah bermain badminton macam biasa. kata orang alah bisa tegal biasa.

jadi sampai sekarang saya masih tak tahu apakah punca sebenar yang menyebabkan lutut saya sakit.