Tuesday 30 December 2014

Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan Hampir Tamat

Pejam celik pejam celik akhirnya contest SEO menggunakan kata kunci vitamin shaklee bagus untuk kesihatan sudah hampir melabuhkan tirainya.

Contest yang berlangsung selama dua bulan setengah ini dianjurkan oleh akmaomar dot com akan berakhir pada 31 Disember 2014.

Boleh dikatakan contest mengenai vitamin shaklee ini merupakan yang terbesar pada tahun ini. Ramai blogger dan pengamal SEO menyertai contest yang menceritakan tentang produk shaklee ini dan kesannya terhadap kesihatan pengguna.

Di bawah ini dipaparkan kedudukan artikel yang menggunakan keyword vitamin shaklee bagus untuk kesihatan yang diambil dari screen shot google.com.my pada masa artikel ini ditulis. Keadaan ini akan berubah pada bila-bila masa.
vitamin shaklee bagus untuk kesihatan
Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci dan bagaimana artikel tersebut diolah sesuai dengan kehendak penganjur, anda boleh baca review percuma di artikel - Vitamin Shaklee Bagus untuk Kesihatan.

Wednesday 3 September 2014

Download Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Sekiranya anda mencari rujukan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41, pihak TIM Infokerjaya ada mengeluarkannya. Untuk makluman setakat artikel artikel ini ditulis panduan tersebut telah dimiliki oleh lebih 1000 calon.

Masih ada masa selama satu hari lagi untuk mendapatkannya. Ini pihak TIM Infokerjaya akan menghentikan jualan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41 pada jam 11.59 malam 4 September 2014. Sebarang rayuan mengenai tempahan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Sekiranya anda ingin memilikinya sila download melalui pautan link di bawah.

[+] http://jvsecurepay.com/access/81he/1052?camp_id=1725

Thursday 14 August 2014

Panduan Lengkap Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41

Panduan lengkap contoh soalan peperiksaan PTD M41 sedang dirangka oleh pihak TIM Infokerjaya. Terdapat lebih kurang 50 gambaran contoh soalan disediakan. Ianya akan diterbitkan sejurus selepas pengumuman rasmi dari pihak SPA berhubung tarikh peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Sunday 27 July 2014

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam

Contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam pada 5 OGOS 2014 ini adalah format terbaru peperiksaan bagi Gred 27. Jika sebelum ini peperiksaan bagi jawatan gred tersebut hanya mempunyai dua seksyen iaitu pengetahun Am dan daya menyelesaikan masalah, tetapi format terbaru kali ini ditambah dengan Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik. Secara ringkas format peperiksaan Penolong Penguasa Kastam terbahagi sebagaimana berikut:
  • Seksyen A - Pengetahuan AM
  • Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah
  • Seksyen C - Ujian Psikometric
contoh soalan peperiksaan penolong penguasa kastam

Contoh soalan peperiksaan seksyen A - Pengetahuan AM

Merupakan seksyen pertama dalam kertas penilaian dan mempunyai banyak soalan yang menguji daya pengetahuan anda. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan).

Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran semasa. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini di dalam panduan lengkap kami.

Contoh soalan peperiksaan seksyen B - Daya menyelesaikan masalah

Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Secara umumnya format yang digunapakai tahun 2012/13 adalah sama dengan format tahun-tahun sebelum ini sejak tahun 2009 lagi.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)
Tetapi ini adalah peperiksaan Online, tiada pengawas mengawasi anda. Siapkan kalkulator dan panduan di sebelah anda. Tiada masalah!

Panduan selengkapnya mengenai contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam termasuk nota khas ada diterangkan dengan lebih terperinci di dalam panduan khas yang kami terbitkan. Sekiranya anda memerlukannya anda boleh layari pautan link di bawah. Maklumat lanjut ----> contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27.

Friday 4 July 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet ramadhan casa ombak. Sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini, Ombak Creative telah menawarkan hidangan buffet ramadhan yang cukup istimewa kepada para pengunjung. Mungkin ramai yang tidak tahu siapakah mereka dan apakah keistimewaan buffet tersebut.

Siapakah Ombak Creative

Ombak Creative merupakan sebuah syarikat event yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan diuruskan oleh Casa Ombak Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam perancangan majlis perkahwinan, perkhidmatan catering dan canopy. Perniagaan mereka beroperasi di No 22 Jalan Damai, Off Jalan Ampang,55000 Kuala Lumpur.

Keistimewaan buffet ramadhan casa ombak

Buffet ramadhan casa ombak yang ditawarkan oleh Casa Ombak Sdn Bhd mempunyai banyak keistimewaan. Memang berbaloi kalau kita mengunjunginya. Kenapa saya berkata sedemikian? Menu utama hidangan buffet ialah masakan ala kampung. Bila bercerita tentang masakan kampung sudah tentu hidangan yang ditawarkan seperti ikan bakar, asam pedas, ikan patin gulai tempoyak dan macam-macam lagi. Terdapat juga kuih muih dan stall corner yang disediakan seperti karipap, seri kaya dan pelbagai lagi. Pendek kata memang tak larat kalau nak makan semuanya.
buffet ramadhan casa ombak

Selain keistimewaan masakan ala kampung, kedudukan casa ombak begitu strategik iaitu tersorok di tengah kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya yang tersorok menjanjikan suasana aman dan tenang dan boleh dikatakan suasana ala taman. Bila suasana tenang memang berseleralah kita makan. Disamping itu tempat solat juga disediakan.

Tempahan awal buffet ramadhan casa ombak amat boleh dibuat dengan menghubungi senarai nombor tertera seperti di bawah:
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062

Saturday 3 May 2014

Rujukan lengkap contoh soalan peperiksaan akauntan W41

Rujukan lengkap Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan W41 dicari oleh calon peperiksaan SPA yang dipanggil bagi jawatan Akauntan dalam masa terdekat. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri ada mengeluarkan panduan umum untuk sesi peperiksaan ini tetapi ianya sangat asas. Bagi calon baru yang masih belum tahu format soalan peperiksaan Akauntan ini mungkin sangat membantu tetapi percaya atau tidak, contoh soalannya amat sedikit sekdar panduan umum calon. Kita akan kongsikan contoh soalan nanti, tetapi perlu diingat, ianya bukanlah soalan bocor peperiksaan Akauntan Gred W41

Jawatan Akauntan W41 adalah jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM). Mengikut rekod, tahun 2013, tiada peperiksaan ambilan jawatan ini. Kali terakhir sesi peperiksaan adalah pada tahun 2012. Jadi jika anda mendapat panggilan ke sesi peperiksaan ini, jangan lepaskan peluang kerana ini adalah peluang keemasan untuk anda menjawat jawatan Akauntan W41

Format Peperiksaan Akauntan Gred W41

Ujian ini mengadungi empat seksyen iaitu:
  • Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Tip Menjawab Soalan Akauntan W41

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41

Contoh #1 Jualan Syarikat Teras Uji Sdn. Bhd. Bernilai RM871,421, kos barang yang dijual berjumlah RM465,651 dan kos operasi RM233,562. Kirakan untung kasar bagi syarikat ini?

Contoh #2 Syarikat Infokerjaya Resources Sdn. Bhd. Telah membeli sebuah kenderaan dengan kos perolehan sebanyak RM90,767. Aset ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM5,000 selepas 5 tahun. Kirakan jumlah peruntukan susut nilai selepas tiga tahun asset ini dugunakan dengan kaedah garis lurus?

Contoh #3 Pada 28 Julai 2013, Khairul Asrol membeli barang niaga berharga RM4,300 secara kredit dengan syarat 10% 5 hari; 5% 10 hari. Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar oleh Khairul Asrol pada 3 Ogos 2013?

Contoh #4 Manakah antara perkara berikut yang tidak diambil kira dalam menghitung susut nilai aset?
A. Kos Pembaikan
B. Harga Kos Belian
C. Nilai Skrap Aset
D. Jangka Usia Penggunaan Aset

Contoh #5 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

Persediaan Penuh Peperiksaan Akauntan W41

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan Untuk peperiksaan Akauntan, anda boleh mendapatkan rujukan penuh beserta contoh soalan di;

[+] Rujukan Lengkap Peperiksaan Akauntan W41

Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Akauntan W41 ini menjadi kenyataan

Monday 27 January 2014

Tip Jana pendapatan Dari Rumah Melalui Jobdirumah

Sebenarnya saya tidak mempunyai tip yang sistematik bagaimana menjana pendapatan secara online hanya dari rumah melalui jobdirumah. Apa yang buat setiap hari hanyalah mempromosikan program affiliate saya dan kerja-kerja yang ditawarkan oleh pihak jobdirumah.

itupun kadang ada kerja yang ditawarkan oleh pihak jobdirumah saya malas nak buat. Maklumlah saya nie dalam kategori orang yang pemalas. Tetapi bukannya pemalas sangat cuma tidak ada masa jer. Lain pulak halnya bila ada masa terluang, kerja yang diberikan saya tak dapat siapkan.

Itulah antara masalah yang saya hadapi ketika melakukan kerja-kerja yang ditawarkan oleh pihak jobdirumah.

Jadi kalau anda nak berjaya menjana pendapatan melalui jobdirumah, jangan jadi malas macam saya.

Anda kena pilih kerja yang ditawarkan oleh pihak jobdirumah. Jangan pilih kerja yang susah. cari kerja yang senang dan mudah. Memang banyak kerja-kerja yang ditawarkan. Jadi nak kena rajin mencari lah.

Kalau masih belum daftar, boleh daftar melalui link - Daftar Jobdirumah.