Friday 4 July 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet ramadhan casa ombak. Sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini, Ombak Creative telah menawarkan hidangan buffet ramadhan yang cukup istimewa kepada para pengunjung. Mungkin ramai yang tidak tahu siapakah mereka dan apakah keistimewaan buffet tersebut.

Siapakah Ombak Creative

Ombak Creative merupakan sebuah syarikat event yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan diuruskan oleh Casa Ombak Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam perancangan majlis perkahwinan, perkhidmatan catering dan canopy. Perniagaan mereka beroperasi di No 22 Jalan Damai, Off Jalan Ampang,55000 Kuala Lumpur.

Keistimewaan buffet ramadhan casa ombak

Buffet ramadhan casa ombak yang ditawarkan oleh Casa Ombak Sdn Bhd mempunyai banyak keistimewaan. Memang berbaloi kalau kita mengunjunginya. Kenapa saya berkata sedemikian? Menu utama hidangan buffet ialah masakan ala kampung. Bila bercerita tentang masakan kampung sudah tentu hidangan yang ditawarkan seperti ikan bakar, asam pedas, ikan patin gulai tempoyak dan macam-macam lagi. Terdapat juga kuih muih dan stall corner yang disediakan seperti karipap, seri kaya dan pelbagai lagi. Pendek kata memang tak larat kalau nak makan semuanya.
buffet ramadhan casa ombak

Selain keistimewaan masakan ala kampung, kedudukan casa ombak begitu strategik iaitu tersorok di tengah kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya yang tersorok menjanjikan suasana aman dan tenang dan boleh dikatakan suasana ala taman. Bila suasana tenang memang berseleralah kita makan. Disamping itu tempat solat juga disediakan.

Tempahan awal buffet ramadhan casa ombak amat boleh dibuat dengan menghubungi senarai nombor tertera seperti di bawah:
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062

2 comments:

  1. Semoga berjaya dalam peraduan ini.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan... semoga mendapat keberkatan dan pahala berganda-ganda. Semoga berjaya dengan contest yang disertai, peluang menang tetap ada untuk semua.

    ReplyDelete