Tuesday 22 December 2015

Contest Review Lynk.my 2015 Sengit

Nampaknya saingan contest review lynk.my 2015 semakin sengit. Ini berikutan ianya semakin menuju ke penamatnya. Akan tetapi saya tidaklah terasa dengan kehangatan contest ini disebabkan saya tidak menyertainya. Blog saya ini hanyalah blog biasa-biasa sahaja, jadi memang akan kalah dahulu jikalau masuk bertanding. Apalagi contest sebegini disertai oleh ramai ahli-ahli SEO di Malaysia.

Tiada apa yang boleh saya lakukan melainkan melihat sahaja kemampuan-kemampuan peserta contest review bertanding. Memang hobi saya suka melihat artikel yang dihasilkan oleh setiap peserta. Setiap orang kan berbeza teknik penulisannya. Jadi boleh melihat bagaimana mereka ini mengoptimasikan SEO on page. Tetapi contest lynk.my 2015 ini agak berbeza daripada contest sebelum ini. Ianya bukan sahaja dipertandingkan dalam kategori SEO tetapi lebih kepada kategori review.

Memang syarat pertandingan peserta dikehendaki membuat review tentang lynk.my. Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin ada yang belum tahu apakah yang dimaksudkan dengan lynk.my. Secara asasnya lynk.my merupakan tools pemendek url seperti goo.gl, bit.ly dan lain-lain. Apa yang berbeza ialah tool ini dibangunkan oleh anak bumiputera untuk kegunaan orang Malaysia.

Saya tidak pasti apakah shortener url dari lynk ini boleh digunakan oleh negara-negara lain. Kemungkinan boleh digunapakai cuma kelebihannya agak terbatas jika anda tinggal diluar Malaysia. Jadi dengan membaca artikel contest review lynk.my 2015, kita mungkin lebih faham apakah yang boleh, siapakah yang mendapat keuntungan, bagaimana untuk menghasilkan pendapatan jika menggunakan tools lynk.my.

Akhir kata selamat bersaing kepada peserta pertandingan review lynk.my 2015 dan tahniah juga diucapkan kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini dengan hadiah yang lumayan sekali.

Maklumat lanjut di : https://www.blogginspired.com/contest-review-lynk-my-2015.html