Sunday 27 July 2014

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam

Contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam pada 5 OGOS 2014 ini adalah format terbaru peperiksaan bagi Gred 27. Jika sebelum ini peperiksaan bagi jawatan gred tersebut hanya mempunyai dua seksyen iaitu pengetahun Am dan daya menyelesaikan masalah, tetapi format terbaru kali ini ditambah dengan Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik. Secara ringkas format peperiksaan Penolong Penguasa Kastam terbahagi sebagaimana berikut:
  • Seksyen A - Pengetahuan AM
  • Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah
  • Seksyen C - Ujian Psikometric
contoh soalan peperiksaan penolong penguasa kastam

Contoh soalan peperiksaan seksyen A - Pengetahuan AM

Merupakan seksyen pertama dalam kertas penilaian dan mempunyai banyak soalan yang menguji daya pengetahuan anda. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan).

Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran semasa. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini di dalam panduan lengkap kami.

Contoh soalan peperiksaan seksyen B - Daya menyelesaikan masalah

Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Secara umumnya format yang digunapakai tahun 2012/13 adalah sama dengan format tahun-tahun sebelum ini sejak tahun 2009 lagi.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)
Tetapi ini adalah peperiksaan Online, tiada pengawas mengawasi anda. Siapkan kalkulator dan panduan di sebelah anda. Tiada masalah!

Panduan selengkapnya mengenai contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam termasuk nota khas ada diterangkan dengan lebih terperinci di dalam panduan khas yang kami terbitkan. Sekiranya anda memerlukannya anda boleh layari pautan link di bawah. Maklumat lanjut ----> contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27.

No comments:

Post a Comment